Bagaimana kami lakukan bekam?

beberapa penerangan

Bagaimana kami lakukan bekam?

Kami tidak hanya membekam di kawasan yang anda ngadu sakit. Misalnya, kalau anda beritahu bahawa anda mempunyai masalah sakit bahu dan pinggang, kami akan bekam di bahagian badan belakang.

Kawasan yang akan dibekam bukan sahaja bahu dan pinggang tapi juga tempat-tempat lain di badan belakang yang akan membantu membersihkan organ-organ dan menguatkan sistem imuniti badan.

Kami sangat menyarankan anda berbekam di kawasan badan belakang kerana di situ terdapat banyak poin-poin penting untuk organ, sistem imuniti dan saraf. 

Durasi Bekam kami

Setiap sesi rawatan untuk lelaki ataupun wanita, mengambil masa sekitar 40 minit hingga 1 jam. Ianya tergantung kepada jumlah darah dan keadaan kesihatan pesakit.

1 jam bekam sudah sangat sesuai untuk tubuh kita menghadapi penurunan tekanan darah. Jika bekam dilakukan lebih dari 1 jam, kebanyakan orang akan merasa mabuk dan hendak pitam. 

Kami membuat rawatan setiap hari Isnin hingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 8 malam, untuk lelaki dan wanita.

Ingin kenali siapa perawat anda? Sila click di sini untuk mengetahui siapakah perawat-perawat dari HijamaTeam.

Bagaimana kami caj?

Kami tidak caj dengan cara mengira cup. Setiap sesi bekam adalah $50. Sebanyak 20 tempat yang akan dibekam, sama ada di badan atau di kaki. Anda dikehendaki untuk memilih sama ada anda ingin berbekam di badan ataupun di kaki. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai harga rawatan bekam kami, sila click di sini.

 

Apakah yang akan kami lakukan sebelum memulakan rawatan bekam?

 

1) Sebelum kami memulakan rawatan, kami akan terlebih dahulu memeriksa anda punya;

  • Tekanan Darah 
  • Kadar Gula 
  • Kadar Kolesterol  
  • Kadar Urik Asid

2) Rawatan bekam darah kami disertai dengan kegunaan “Health Supplements”.

Apa yang anda harus ketahui adalah,

Harga setiap botol “Health Supplement” yang kami syorkan berada dalam kemampuan bagi setiap yang memerlukan. Ini kerana tujuan kami adalah untuk membantu dan memastikan bahawa anda dapat khasiat-khasiat yang diperlukan.

Mengapakah kami mengunakan Health Supplement? Apakah bekam darah tidak mencukupi?

Kenapa?

Darah merah yang anda lihat keluar sewaktu berbekam sebenarnya ialah sel darah mati yang telah tersangkut dengan hal-hal yang tidak sepatutnya ada lagi dalam tubuh ini kerana telah terlalu berlebihan lalu organ hati dan buah pinggang gagal membuangnya dari tubuh secara keseluruhan. Hal-hal itu adalah seperti sel-sel mati, toksin, racun, cholesterol, uric acid dan banyak lagi. Lama-kelamaan, itu semua akan menyebabkan penyumbatan dalam saluran darah.

Seperti paip air, sekirannya ia telah dikotori dengan kotoran, ianya akan tersumbat.

Jadi bekam akan dapat bantu melegakan penyumbatan.

Fungsi darah, seperti darah merah adalah untuk menghantar oksigen dan khasiat-khasiat permakanan ke dalam setiap sel. Setelah tiada penyumbatan dalam pembuluh darah, perjalanan darah akan dapat diperbaiki dan darah merah juga dapat berfungsi dengan sempurna.

Namun sekiranya tubuh anda tidak mempunyai khasiat-khasiat yang baik kerana cara permakanan yang tidak teratur, sel-sel anda akan tetap sakit atau lemah. Akibatnya, kesihatan anda sukar untuk diperbaiki.

Misalannya, pernah tidak anda terdengar bahawa;

#1 Sakit migrain di akibatkan oleh kurangnya Magnesium dalam tubuh.

#2 Sakit tekanan darah tinggi kerana kurangnya Calcium dan Magnesium dalam tubuh.

#3 Sakit jantung kerana kurang Vitamin C 

Kekurangan khasiat permakanan adalah sebahagian daripada penyebab-penyebab mengapa kita dapat sakit. Penyebab-penyebab lain adalah seperti stress dan persekitaran yang kotor.

 

Bagaimana kami mensterilise alat-alat bekam kami?

Setelah peralatan bekam kami dicuci bersih, kami akan menggunakan

Medical Steriliser (gambar di bawah) untuk sterilise. 

Medical Steriliser

Sila click di sini untuk ke Q&As, untuk mengenali selanjutnya mengenai bekam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s