Kesan Bekam Darah Terhadap Organ Tubuh

=========================================

Di sini, anda bakal mengetahui kesan bekam terhadap;

  • Kulit

  • Otot

  • Tulang

  • Sistem Pencernaan

  • Darah

  • Sistem Saraf

=========================================

A. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Kulit

1) Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan

peredaran darah ke kulit sehingga meningkatkan bekalan nutrisi yang baik untuk rambut dan akar rambut.

2) Suhu kulit meningkat dan sebuah kawasan berwarna merah terbentuk. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan metabolisme makanan (pembakaran makanan) di kulit dan manfaat yang diperolehi sel-sel kulit dari darah yang sampai kepadanya.

3) Aktiviti kelenjar (gland) peluh dan kelenjar (gland) lemak meningkat, pori-pori kulit membuka setelah dilakukan pembekaman.

4) Peranan bekam tidak terbatas pada pembersihkan darah yang mengendap di kulit (stagnant blood), namun juga membuang bahan-bahan merbahaya yang mengendap di bawah permukaan kulit.

Nota: Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun, melihat bulu-bulu halus mulai tumbuh pada bagian dibekam. Ia panjang dan lebat sehingga mencapai 1.5cm. Namun, pencapaian ini berlaku setelah menjalani bekam angin/kering sebanyak 140 kali. Ini menunjukkan bahawa bekam tidak semudahnya dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah gugur rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat semula tetapi ia tidak mustahil.

B. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Otot (Muscles)

1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilangkan kekejangan otot (muscle aches).  

2) Bekam berperanan menghantar oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot (muscle tissues), meningkatkan penyerapan oksigen oleh sel-sel setelah pembekaman, sehingga menguatkan dan memperbaiki fungsi otot.

3) Bekam berperanan mengeluarkan lactic acid dari otot sehingga menghilangkan keletihan dan sumbatan di otot.

 C. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Tulang

1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.

2) Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.

3) Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergesekan sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kekakuan sendi.

4) Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.

5) Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap

 (stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kekaukan sendi.

Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam peringkat awal untuk cepat-cepat lakukan rawatan bekam darah.

Percayalah bahawa masalah Gout atau Uric acid yang berlebihan dapat di atasi. Tengoklah video di bawah ini. Kisah yang dikongsi oleh penderita Gout yang sudah pulih. [Video adalah dalam bahasa Inggeris]

D. Kesan Bekam Terhadap Sistem pencernaan

1) Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan yang ada di perut, sehingga meningkatkan kualiti pencernaan dan penyerapan makanan.

2) Bekam berperanan mengatur gerakan usus (intestinal motility) melalui kuatnya sedutan langsung atau melalui stimulasi saraf, terutama saraf vagus (nervus vagus) yang berhubung dengan usus melalui beberapa bahagian di belakang.

3) Bekam juga berperanan merangsang sel hati dan sel pankreas serta memperbaiki fungsinya.

 E. Kesan Bekam Terhadap Darah

1) Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang berperanan meluaskan pumbuluh darah. Profesor Kentaro Takagi, pensyarah di Universiti Nagoya, menegaskan bahawa semua terapi yang merangsang dan mengaktifkan sirkulasi darah di kulit, bermanfaat untuk meningkatkan respon system perjalanan darah di dalam tubuh secara umum.

Kesan sama juga dijadi daripada kuatnya sedutan yang ditimbulkan oleh bekam terhadap bahagian yang diterapi.

2) Bekam berperanan mengurangkan darah dan cecair yang mengakibatkan proses pembengkakan dengan cara mengeluarkan cecair-cecair ini dari celah-celah sel. Begitu pula zat-zat yang pencetus pembengkakan juga dikeluarkan, misalnya histamine.

3) Bekam juga berperanan:

a) Meningkatkan jumlah sel darah merah.

b) Meningkatkan jumlah sel darah putih.

c) Mengubah darah yang terlalu acidic menjadi proposional

d) Membersihkan darah, sebagaimana dikatakan oleh Dr. Katashi, pensyarah di Universiti Osaka.

 F. Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini.

2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.

3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.

4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam. Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya efek tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s