Q&As

1) Apa itu Bekam Darah atau Hijama?

Penjelasan : Bekam atau hijamah adalah teknik pengobatan dengan jalan membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.Perkataan Al Hijamah berasal dari istilah bahasa arab : Hijama (حجامة) yang berarti pelepasan darah kotor. Sedangkan dalam bahasa Inggris disebut dengan cupping therapy dan dalam bahasa melayu dikenal dengan istilah Bekam.

2) Bagaimana bekam dilakukan? 

Jika anda pertama kali dengan bekam dan sama sekali tidak tahu bagaimana ianya dilakukan, sila lihat video di bawah ini;

 

3) Apakah permikran atau mindset yang salah terhadap bekam darah?

Penyakit yang dihidapi akan serta merta sembuh setelah berbekam.

Penjelasan: Kami tidak dapat mejanjikan penyembuhan menyeluruh terhadap penyakit anda setelah sesi bekam anda yang pertama dengan kami. Apa yang kami boleh katakan adalah anda pasti akan melihat perubahan yang berbeza-beza di antara satu pesakit dengan pesakit yang lain). Ada yang terasa ngantuk untuk beberapa hari kemudia, ada yang sangat bertenaga, dll).

4) Pesakit akan deman selepas berbekam atau badan menjadi lebam-lebam dan sakit?

Penjelasan: Kami telah membekam beratus-ratus orang dan tiada satu pun begitu. Bagi mereka yang demam, ini kerana bekam yang dilakukan oleh pembekam itu sangat menyakitkan atau mereka telah melihat darah sedangkan mereka takut melihat darah. Kami tidak membekam sehingga menyakitkan. Dengan jujur kami mengatakan bekam dengan kami tidak menyakit sehingga anda kesakitan.

Jika kulit anda lebam selepas dibekam, ini menunjukkan bahawa tubuh anda kekurangan mineral, Kalsium. Setiap kita memerlukan 1500mg kalsium bagi wanita dan 1000mg bagi lelaki, setiap hari

5) Siapakah yang biasanya dapat melihat kesan bekam sebaiknya setelah berbekam?

  • Insomnia: Setelah dibekam di atas kepala dan dibahagian badan belakang, mereka akan rasa ringan, lega dan dapat tidur lebih nyenyak pada malam itu.
  • Migrain atau sakit kepala: Untuk migrain, adalah sangat penting sekali bagi anda untuk berbekam di atas kepala. Pesakit-pesakit kami sebelum ini yang tidak berbekam di atas kepala, tidak dapat penyembuhan manakala yang berbekam di atas kepala, dapat melihat perubahan pada keesokan harinya.
  • Sakit lutut: Bagi yang sakit lutut biasa atau sengal-sengal di lutut. Sejurus selepas bekam, biasanya pesakit merasa lega sekali.

6) Bagaimana bekam darah bertindak dalam merawat penyakit?

Pada mulanya, bekam angin akan dilakukan dengan tujuan meningkatkan perjalanan darah ke kawasan itu supaya kotoran dapat di tarik ke permukaan dan dapat keluar dengan lebih efektif sewaktu dibekam. Selain itu, bekam angin akan membantu menenangkan ketegangan otot yang disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dan tidak mengalir dengan cukup laju.

7) Adakah bekam darah membuat kita kehilangan darah?

Percayakah anda bahawa penghidap penyakit anaemia sangat digalakkan untuk berbekam darah ?! Ya memang betul!

PENJELASAN : Darah yang kita buang adalah darah kotor yang mengandungi sel darah mati ,kolesterol , toksin , urik asid, air berlebihan, dll. Setelah dibuang, badan kita akan berusaha mencipta sel darah yang baharu dan lebih sihat untuk menggantikannya. Jika bekam dilakukan rutin iaitu paling kurang sebulan sekali, badan kita akan dipenuhi oleh sel darah yang sihat. Hasilnya adalah tubuh kita akan menjadi lebih sihat dan penyakit lain dapat dijauhi.

8) Apa yang akan dibekam oleh kami dari HijamaTeam?

Jika anda hanya sekadar ingin mencuba berbekam dengan kami dan juga tiada masalah kesihatan yang dihadapi, kami akan memberikan BODY DETOX bagi anda. Ini bermakna, poin-poin penting yang berhubungan dengan organ-organ penting akan dibekam.

Jika anda mempunyai pelbagai masalah kesihatan, kami juga akan memberikan anda BODY DETOX termasuk juga rawatan bagi masalah yang dihidapi.

Jumlah cup yang digunakan: Paling kurang 20 cup [Kadang-kadang kami akan tambah jumlah cup jika perlu, PERCUMA]

BODY DETOX adalah penting untuk membersihkan sistem tubuh anda supaya darah beku dan kotoran dapat dikeluarkan. Manfaatnya adalah darah dapat berjalan dengan betul. Setelah darah dapat berjalan dengan baik, zat-zat akan dapat diberikan kepada setiap sel dan kotoran dapat dibuang secara lebih sempurna. Barulah penyakit anda dapat dirawat dan diubati.

9) Apakah harus dilakukan selepas dibekam?

Kalau hendak mandi, sebaiknya jarakkan paling kurang 2 jam selepas bekam.
Biarkan diri anda rehat selepas bekam.
Minumlah air putih dengan banyak supaya dapat sistem tubuh anda dapat di bersihkan atau “flush”

10) Perubahan yang akan dilihat selepas dibekam?

Di antara perbezaan yang anda akan lihat selepas bekam. Jika anda terlihat perubahan yang sangat luar biasa, jangan khuatir kerana setelah lebih kurang 1 minggu, semua akan kembali stabil.

  • Pembuangan air kecil atau air besar menjadi lebih lancar
  • Selera makan
  • Nyenyak dan mudah untuk tidur
  • Kekurangan tenaga atau terlebih tenaga
  • Mudah berpeluh
  • Bekas luka dikulit boleh menjadi semakin ketara. Warna kulit lebih merah atau ada warna kekuningan/ungu. Akan mengambil masa 7 hingga 10 hari untuk hilang dan tidak akan meninggalkan parut.

NOTA: Jika anda dapati ada warna kekuningan atau ungu (lebam), ini bermaksud tubuh anda mengandungi kadar toksin yang tinggi dan sangat berasidik.

Sewaktu luka kulit dalam proses penyembuhan dan hendak kering, sebilangan orang akan terasa gatal. Hendaklah disapu minyak butbut atau gamat, boleh juga disapu bedak. Jangan khuatir.

11) Apakah kandungan darah bekam?

Darah bekam telah diperiksa dengan mikroskop dan ditemukan adanya bentuk-bentuk sel darah merah yang luar biasa, sebagai berikut;

1. Anisocytosis (perbezaan ukuran sel darah merah) di mana ditemukan banyak sekali sel yang membesar melebihi ukuran sel normal.

2. Poikilocytosis (perbezaan bentuk sel darah merah) di mana ditemukan sel-sel berbentuk kawat dan buah pir.

3. Hypochromia (kekurangan haemoglobin) iaitu kekurangan warna sel darah merah. Ini boleh disaksikan pada kes penderita anemia. 

4. Target cells menunjukkan kekurangan haemoglobin dan gangguan mekanisme produksi darah.

5. Schisocytes (sel-sel darah pecah)

6. Acathocytes (sel-sel berduri)

7. Spherocytes (sel-sel darah merah berbentuk bola)

8. Teardrop cells (sel-sel darah merah yang berbentuk tetesan air mata)

Setelah menjalani pelbagai lagi kajian dan penelitian, para saintis mengeluarkan laporan begini;

1) Bentuk sel darah merah dalam darah bekam pada semua kes selalu abnormal atau luar biasa. Ini dicatat dari darah bekam yang diambil langsung  dari tempat dibekam, sebelum diletakkan ke dalam gelas atau cup bekam agar tidak berpengaruh terhadap sel-sel itu.

2) Penurunan drastik jumlah sel darah putih pada darah bekam. Itu terjadi dalam seluruh kes. Jumlahnya hanya sekitar 525 hingga 950 per milimetre.

3) Penurunan kadar neutrophil dalam darah bekam.

4) Peningkatan kadar limfosit dalam darah bekam pada seluruh kes, di mana jumlahnya sekitar antara 52% hingga 88%. Dalam keadaan normal, kadarnya tidak boleh lebih dari 35%.

5) Total Iron Binding Capacity (TIBC) tinggi sekali di antara 422 hingga 1057, sementara dalam darah normal harus di antara 250 hingga 400.

6) Tingginya kadar kreatinin dalam darah bekam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s