Rawatan Resdung

Apakah Anda Ada Allergy dan Sering Beresing, Selsema dan Sumbat Hidung? 

resdung-banner-2016-2

 

Rawatan Gurah Suara

yang kami tawarkan, Inshaa Allah, akan membantu menyelesaikan masalah anda itu!

Selain bekam, kami juga menawarkan rawatan Gurah Suara. Sangat bagus bagi pesakit resdung atau lendir terlalu banyak yang gagal untuk dibuang.

Gurah Suara

Apa itu rawatan Gurah Suara?

Gurah Suara adalah cara membersihkan dan mengeluarkan lendir yang kotor, beracun dan mengandungi pelbagai kuman .

Caranya?

Dengan menitiskan ramuan khusus ke dalam hidung.

Khasiat ramuan tadi membuat semua saraf tubuh bertidak membantu mengeluarkan lendir kotor yang mengandungi kuman penyakit dan racun dari kopi, rokok, alkohol, udara yang kotor, dll.

Lendir akan keluar melalui rongga hidung dan mulut sehingga seluruh pernafasan, pencernaan akan bersih dan lapang.

Apa rasanya?

Proses gurah ini tidak sakit tapi hanya akan memberi rasa tidak selesa dan pedih pada tekak dan hidung. Jangan bimbang kerana tiada luka yang terjadi. Ketidakselesaan ini hanya berlangsung sewaktu rawatan. Setelah lendir sudah keluar dengan banyak, rasa pedih itu akan hilang.

Apakah anda sudah sembuh setelah menjalani 1 kali rawatan Gurah Suara ini? 

Tidak mustahil untuk mendapatkan penyembuhan setelah 1 kali sesi rawatan jika masalah resdung tidak begitu serious, namun kami sarankan untuk melakukan rawatan ini selama 3 kali, dalam tempoh 2 minggu. Anda juga harus mengelakkan larangan yang akan diberitahu.  Kebanyakan pesakit mendapatkan penyembuhan setelah menjalani 3-4 kali rawatan. 

Berapa lama sesi rawatan Gurah Suara?

Rawatan ini memerlukan waktu antara 1 jam hingga 1 jam setengah. 

Bagaimana rawatan ini dilakukan?

Rawatan ini akan di adakan sewaktu anda bertiarap di atas lantai. Pada mulainya, anda harus baring, kemudian kepalanya harus didongakkan ke atas.  Kami akan titiskan ubat ramuan khusus (dalam bentuk cecair) ke dalam lubang hidung. Setelah itu tunggu sebentar sehingga kami beri arahan untuk pusingkan badan supaya meniarap. Bagi mereka yang tidak boleh bertiarap, cuma sekadar duduk dan tunduk. Anda akan diberikan mangkuk untuk menadah supaya lendir dari mulut dan hidung boleh dibuang. Nafas melalui mulut dan tunggu sehingga lendir keluar melalui hidung dan mulut. 

Apa yang akan dirasakan oleh pesakit?

Pada mulainya, hidung akan terasa seperti tersumbat dan tekak terasa pedih. Air mata pesakit akan dengan sendirinya keluar dan pesakit akan mula beresin dengan banyak sekali. Proses ini tidak menyakitkan cuma pesakit akan rasa kurang selesa dan pedih. Pada sesi rawatan kali pertama, jika anda masih merasa hidung tersumbat, jangan khuatir kerana memang biasa bagi yang masalah resdungnya sudah lama.

Pantang larangnya?

Sebelum: 2 jam sebelum menjalani rawatan Gurah Suara ini, pesakit tidak boleh makan berat. Cuma boleh minum air sahaja. Kalau perlu makan, makan yang ringan untuk mengalas perut sahaja.

Sesudah:  Dalam tempoh masih dalam rawatan, anda disarankan untuk mengelakkan ayam yang bukan organik, udang, sotong, ketam, kerang, kupang dan minum sejuk/ air batu.

Siapa yang tidak sesuai untuk melakukan rawatan ini?

Ini adalah keadaan mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan Gurah Suara untuk resdung:

  • Sedang demam dan lemah
  • Sedang selsema
  • Hidung sedang basah
  • Mempunyai masalah jantung
  • Mempunyai masalah semput/asthma yang kronik
  • Mempunyai masalah buah pinggang
  • Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dan orang yang terlalu tua

Siapa yang sangat sesuai untuk melakukan rawatan ini?

Rawatan ini selamat dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan tujuan membersihkan saluran hidung, asalkan keadaan kesihatan dia mengizinkan.

Jika anda mempunyai keadaan ini, anda sangat sesuai untuk melakukan rawatan Gurah Suara ini:

  • Terlalu banyak lendir dan dahak
  • Hidung sering tersumbat tanpa sebab
  • Tiap hari banyak bersin tanpa sebab
  • Apabila terkena habuk, dia akan bersin terlalu banyak dan hidung akan tersumbat
  • Apabila makan udang/sotong/ketam/kerang, muka akan mulai gatal-gatal

Satu hal yang anda perlu juga tahu…

TERAPI GURAH ADALAH SALAH SATU PENGUBATAN YANG DIANJURKAN OLEH
RASULULLAH SAW BERSABDA : (HR.TIRMIZI)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَدُّوَيْهِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ حَمَّادٍ الشُّعَيْثِيُّ حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ مَنْصُورٍ عَنْ عِكْرِمَةَ

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ خَيْرَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ السَّعُوطُ وَاللَّدُودُ وَالْحِجَامَةُ وَالْمَشِيُّ فَلَمَّا اشْتَكَى رَسُولُ

اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَدَّهُ أَصْحَابُهُ فَلَمَّا فَرَغُوا قَالَ لُدُّوهُمْ قَالَ فَلُدُّوا كُلُّهُمْ غَيْرَ الْعَبَّاسِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Madduwaih, telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Hammad Asy Syu’aitsi Telah menceritakan kepada kami Abbad bin Manshur dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik obat yang kalian gunakan ialah SA’UTH (GURAH), Laduud (obat yang diteteskan disisi mulut orang yang sakit/hidung), berbekam dan Al Masyiy (obat untuk mengosongkan isi perut).” Maka, tatkala Nabi shallallaahu ‘Alaihi wa Sallam sakit para shahabat memberinya laduud. Setelah mereka selesai beliau
bersabda: “Berilah mereka laduud.” Lantas mereka pun memakai laduud selain Abbas.

Video…

kapsul-gurah

Harga Rawatan Gurah Suara kami:

Sesi pertama: $35 (termasuk 1 Kapsul Gurah Insani, 60 kapsul)

Sesi seterusnya: $30

Waktu: 1 hingga 1.5 jam

 

Gurah Suara certification

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s