Persiapan sebelum & selepas berbekam

Apakah persiapan anda sebelum melakukan bekam?

1) Anda dikehendaki untuk makan berat 2 hingga 3 jam sebelum bekam.  Misalnya, jika anda ingin berbekam pada pukul 12 tengahari, sila makan yang berat sebelum jam 10 atau 9 pagi. Jangan berbekam jika anda terlau lapar atau terlalu kenyang. Kami mahu mengelakkan anda daripada mabuk, muntah, lemah atau pitam.  

2) Kami sangat tidak mengalakkan anda untuk berbekam disaat anda terasa terlalu lapar, lemah atau tidak sihat badan.

Bekam boleh dilakukan ketika berpuasa kerana ia tidak membatalkan. Namun, jika anda rasa tidak kuat badan, sebaiknya jangan berbekam dahulu.

3) Untuk wanita, sila bawa kain batik. Untuk, lelaki, tidak dihendaki untuk membawa apa-apa.

Apakah persiapan anda selepas melakukan bekam?

1) Ada diantara mereka akan merasa tegang pada kulit yang dibekam dan agak tidak selesa bagi mereka. Ketidakselesaan ini akan hilang dalam masa 1 hari. 

2) Ada diantara mereka akan merasa lemah untuk beberapa hari. Ini kerana mereka tidak makan dengan betul dan tidak rehat dengan cukup. 

3) Kebanyakan mereka anda mendapatkan tidur yang nyenyak namun, jika tidak, itu adalah efek pada diri masing-masing.

Apakah anda pasti mabuk setelah berbekam?

TIDAK. Yang menyebabkan mabuk itu jika anda sedang merasa terlalu takut atau dalam keadaan terlalu lapar, lemah ataupun tidak sehat badan seperti demam, sewaktu berbekam. 

Jika sewaktu berbekam anda tidak merasa mabuk, bererti setelah habis berbekam juga anda tidak akan merasa mabuk.

Sila tonton video di bawah ini untuk beberapa penjelasan selanjutnya.


 

Jika anda mempunyai beberapa lagi persoalan, anda mungkin boleh mendapatkan jawapannya di Q&A (sila click) .

 

2 responses to “Persiapan sebelum & selepas berbekam

  1. Saya nk enquire. Kaki suami saya terdpt urat2 hijau timbul dan ada juga urat2 berwarna seperti ungu. Bila dipicit kakinya terasa mcm byk biji2 angin. Keadaan kakinya mmg dh lama. Dah pergi urut pun masih gitu juga. Dia mmg selalu mengadu kakinya sakit. Bolehkah hijama membantu menyelesaikan masalah sakit pd kakinya?

    Yang risau.

    • Keadaan kaki suaminya boleh dibantu dengan rawatan Bekam Darah, Inshaa Allah.
      Sudah terjadi byk penyumbatan di kaki suaminya sebab itu urat-urat hijau atau ungu timbul.
      Sementara ini, dia harus berhenti minum air sejuk atau air batu, walaupun yang dari fridge tanpa ice.
      Untuk booking bekam, sila hubungi Encik Hassan di 97706396.

      Terima Kasih,
      HijamaTeam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s